SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau lebih dikenali sebagai Learning Management System (LMS) merupakan sebuah aplikasi pendidikan untuk membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Definisi :                                                                                                                                                                    Sistem Pengurusan Pembelajaran (SPP) atau  A learning management system (LMS) ialah perisian aplikasi untuk pentadbiran, dokumentasi, mengesan (tracking), dan melaporkan program latihan, bilik darjah dan aktiviti atas talian (online), program e-pembelajaran, dan kandungan latihan. Mengikut (Ellis 2009) SPP atau LMS yang berkesan sepatutnya berkeupayaan untuk melqaksankan tugas-tugas seperti berikut :
  • pemusatan dan automasi pentadbiran
  • menggunakan perkhidmatan kendiri (self-service) dan perkhidmatan kendiri terbimbing (self-guided services)
  • membina dan menyampaikan isi kandungan pembelajaran secara berterusan
  • menggunakan web sebagai flatfom untuk menggerakkan program latihan.
  • kandungan yang bersifat individu dan membolehkan pengetahuan diguna semula.
SPP atau LMS terdiri dari sistem untuk mengurus latihan dan rekod pendidikan, atau perisian untuk mengagih kursus di dalam Internet dengan ciri gabungan secara talian. Pihak korperat menggunakan LMS untuk automasi penyimpanan rekod dan pendaftaran pekerja.  Perkhidmatan kendiri pelajar seperti pendaftaran atas talian, penilaian atas talian, pengurusan pembelajaran seumur hidup,pembelajaran kolaboratif, dan pengurusan bahan latihan.
Kebanyakan LMS adalah berasaskan Web untuk membolehkan pengguna akses kepada kandungan dan pengurusan pembelajaran. Sistem ini juga digunakan oleh institusi pendidikan untuk memperkaya dan menyokong pembelajaran di bilik darjah dan menyokong pengajaran yang menawarkan kursus untuk jumlah populasi yang ramai di seluruh negara.
 Selain itu LMS juga menyediakan “sistem pengurusan pencapaian” untuk meilai kecekapan, kemahiran dan penganugerahan untuk pekerja-pekerjanya. Kini digunakan Pembelajaran Berasaskan Kompetensi Competency-based learning untuk melihat jurang pembelajaran dan bahan sumber latihan. Setengah industri menggunakan LMS untuk tujuan mengrekrut pekerja dan memberi anugerah. 



Comments

Popular Posts