TUGASAN ISU SEMASA: PELACURAN




             Pelacuran merupakan isu yang sering digembar-gemburkan di dada-dada akhbar dan media massa pada masa kini.Isu jenayah ini tidak pernah lekang diperkatakan kerana tahap peningkatan kadar jenayah pelacuran semakin hari semakin berleluasa. Sudah terlalu banyak serbuan yang dilakukan oleh pihak berwajib untuk membasmi  sindiket ini akan tetapi dek kerana kerakusan mengejar harta dunia telah mengukuhkan tekad mereka untuk melakukan perniagaan haram ini.Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menangkap individu-individu yang terlibat tetapi akan ada sahaja tektik-tektik baharu yang digunakan bertujuan untuk mengaburkan mata pihak berkuasa daripada mengesan jenayah ini.
           



Kegiatan pelacuran dipercayai merupakan antara kegiatan yang tertua di dunia.Menurut catatan sejarah, Abdullah Munshi pernah mendapati terdapatnya perempuan-perempuan yang memakai pakaian yang keterlaluan mendekati perahu dagang di Kelantan. Walaupun tiada gambaran atau catatan lengkap mengenai peristiwa itu, kegiatan ini dipercayai telah bermula sejak awal abad ke 18 disebabkan oleh kemasukkan buruh cina pada tahun 1830 untuk tujuan perlombongan.Kehadiran ramai buruh-buruh lelaki mengakibatkankan kaum wanita menjadi sedikit. Lalu pihak Inggeris mengambil langkah untuk mengimport wanita-wanita dari negara-negara asing bagi memenuhi permintaan buruh-buruh ini untuk memuaskan nafsu mereka setelah penat bekerja.

Comments

Popular Posts