Kebudayaan
merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi dari generasi ke genarasi
sejak dari zaman nenek moyang terdahulu. Budaya yang diamalkan bersifat dinamik
dan mempunyai daya penerimaan dan daya penolakkan. Kebudayaan Melayu merujuk
kepada keseluruhan sistem masyarakat Melayu itu sendiri termasuklah unsur
sosial,kepercayaan, sistem simbol,unsur teknologi, ekonomi dan organisasi yang
menjadi milik masyarakat ini.
Kebudayaan Melayu boleh ditakrifkan
sebagai cara hidup kumpulan manusia atau sesuatu masyarakat Melayu yang
diamalkan sehingga kini. Cara hidup masyarakat setempat amatlah sukar difahami
jika tiada adat dan budaya yang diwarisi kerana melalui budaya dan adat resam,
masyarakat lebih dikenali. Menerusi budaya, masyarakat di negara kita dapat
dibezakan khususnya masyarakat Melayu dengan masyarakat lain. Budaya Melayu
yang telah ditonjolkan dapat menunjukkan keperibadian kebangsaan kerana budaya
ini merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuklah dari segi bahasa, agama,
kesenian, adat, peraturan dan sebagainya. Pada masa kini, budaya Melayu telah
dijadikan sebagai teras kebudayaan kebangsaan dan mampu menerima unsur-unsur
budaya kaum lain seperti kaum Cina,India,Iban dan Bidayuh.
Budaya atau lebih dikenali sebagai
“culture” di dalam konteks bahasa Inggeris yang membawa erti cara hidup
manusia. Budaya merupakan satu proses kemajuan dalam peradaban manusia seperti
sahsiah, pemikiran, usaha dan semangat manusia dalam sesuatu kelompok.
Pengajaran etimologi dapat menjelaskan lagi konsep budaya yang mana merujuk
kepada budi+daya terangkum menjadi
budaya. Bu yang membawa maksud asli,pertama,sejati dan yang dipandang sempurna,
menyenankan bahkan dimuliakan.Seterusnya, daya yang membawa makna akal, jalan
fikiran, ciptaan atau bikinan.Khususnya, budi merujuk kepada aspek dalaman
manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek dalaman
manusia yang meliputi usaha dan hasilan.Sebagai kesimpulan, budaya boleh
difahamkan sebagai segala bentuk penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai
bentuk, sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan salah
satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara satu masyarakat
dengan masyarakat yang lain.
Antara konsep yang dapat dikaitkan dengan kebudayaan termasuklah tamadun atau peradaban, kemajuan pemikiran atau akal budi iaitu cara berfikir, berkelakuan, tingkah laku dan sebagainya. Oleh yang demikian, konsep budaya boleh dikatakan sebagai konsep yang merangkumikeseluruhan sistem hidup manusi bermasyarakat yang kompleks dan sempurna. Hal yang demikian kerana konsep ini terkandung unsur-unsur moral,pengetahuan, kepercayaan,kesantunan dan peraturan. Perkara ini dapat dipraktikkan secara pembelajaran ataupun warisan turun-temurun.
Antara fungsi kebudayaan Melayu
termasuklah merapatkan jurang perbezaan antara kaum agar rakyat dapat bersatu
padu di bawah satu negara dan mewujudkan satu kesatuan kebudayaan dan
keselarasan dalam menghasilkan satu kebudayaan yang melambangkan identiti bagi bangsa
Malaysia seterusnya menjadi medan untuk menanamkan nilai-nilai kebangsaan dan
menolak nilai-nilai yang hanya mementingkan sesuatu kaum sahaja.Di samping itu
budaya juga menjadi amalan pada peringkat rasmi dan tertinggi seperti sistem
protokol, adat istiadat pengurniaan,perlantikan, pertabalan dan sebagainya yang
menjurus kepada kesantunan Melayu.
Budaya yang ingin saya ketengahkan
ialah budaya kelahiran bagi masyarakat Melayu.Budaya ini banyak melambangkan
peribadi masyarakat Melayu khususnya kesantunan dalam masyarakat ini. Budaya
merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalka oleh sesuatu masyarakat yang dapat
menggambarkan corak masyarakat setempat. Dalam aspek kelahiran, masyarakat
Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun-temurun.Ia
merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin,dan selepas lahir.
Antara budaya sewaktu mengandung ialah
melenggang perut atau kirim perut yang mempunyai banyak aspek
kesantunannya.Melenggang perut akan dilakukan kepada wanita yang mengandung
anak sulung ketika kandungan berusia dalam linkungan tujuh atau lapan bulan.Ia
dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin
menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi memperbetulkan kedudukan bayi
dalam perut.Lazimnya, pada hari itu,kenduri dan doa selamat akan diadakan.
Melalui kenduri dan doa selamat kesantunan dalam masyarakat dapat
dilihat.Contohnya, dalam menyambut tetamu, ekspresi muka merupakan aspek yang
sangat penting untuk menjaga hati tetamu seterusnya pembacaan doa-doa selamat
yang memuji nama-nama Allah yang Esa.Ini membuktikan kesantunan bahasa dan
masyarakat telah dipupuk melalui budaya sejak dari dahulu lagi.
Comments
Post a Comment